Jie's Mutiara Hati
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul

Usah gopoh ungkapkan cinta

Friday, June 19, 2009
# Kenali si dia dengan lebih mendalam

Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mengenal sang pujaan hati lebih dalam lagi. Untuk itu, anda perlu mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai si dia sama ada melalui lingkungan yang berada di sekitarnya atau pembicaraan langsung. Daripada maklumat yang diperoleh dapat membantu anda melangkah ke tahap selanjutnya.


# Jangan terlalu yakin

Apabila diteliti lebih jauh, ternyata si dia memiliki perhatian khusus terhadap anda, tetapi bukan bererti dia menyukai anda. Kadangkala lelaki sering salah mengertikan perhatian yang diberikan kaum hawa dan mereka harus menelan pil pahit ketika mengetahui anda hanya menganggapnya sebagai teman.

Anda pun perlu menerima takdir cinta yang ditolaknya.


# Jangan terburu-buru menyatakan perasaan

Ada baiknya anda menentukan waktu yang tepat untuk menyatakan perasaan.

Namun, bukan bererti semakin cepat anda menyatakannya semakin besar kesempatan yang dimiliki untuk merajuk cinta dengan si dia. Justeru yang harus dijadikan kayu ukur adalah soal ‘kedekatan’ anda dan si pujaan hati. Jika dia belum juga memberikan tanda-tanda tertentu, ada baiknya anda menyimpan saja niat untuk menyatakan rasa tulus anda kepadanya.


# Minta pendapat daripada teman

Jangan terburu-buru menyatakan perasaan anda kepadanya, tetapi tiada salahnya anda mendengarkan pendapat sahabat baik anda mengenai waktu yang tepat untuk mengungkapkan isi hati.

Sejujurnya anda perlu menunggu tanda-tanda tertentu yang diberikannya supaya tidak terjadi salah faham atau silap tafsiran.


# Sedikit terbuka

Meskipun anda menyukainya, usahakan tidak menyatakan perasaan cinta melalui bahasa tubuh. Anda perlu berani berbicara secara terbuka kalau saatnya dia benar-benar sudah bersedia untuk mengetahui perasaan anda yang sebenarnya.

Tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, sekalipun dia adalah wanita yang ‘super aktif’, tetapi umumnya wanita lebih menghargai lelaki yang berani berbicara terbuka soal cinta daripada diam seribu bahasa.


# Jangan memujinya berlebihan

Ingin memujinya, bukan tidak boleh asal anda jangan terlalu berlebihan. Pujian yang terlalu berlebihan membuat pasangan meragukan kesungguhan cinta anda. Boleh jadi dia mengganggap anda sebagai lelaki ‘buaya darat’ yang penuh pembohongan. Lakukan pula pendekatan secara bersahaja supaya hasil yang diperoleh kemudian hari lebih berkesan.

kredit. metro
Read On 0 comments

Kenali makna cinta

Thursday, June 18, 2009
# Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

# Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

# Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

# Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

# ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

# ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

# ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

# ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

# ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

# ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

# Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

# Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

# Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

# Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

# Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

# Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

# ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

# ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

# ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

# Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
Read On 0 comments

Cinta ibarat air

Thursday, June 18, 2009
Cinta ibarat air.

Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah.

Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya.

Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.


Read On 0 comments

Dugaan menghapuskan dosa

Thursday, June 04, 2009
SEGALA bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Hadith Muslim dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula: ”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” Huraian

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

mstar.
Read On 0 comments

Keadilan untuk semua isteri

Sunday, May 31, 2009
Siti Shamsiah bt. Mohd. Supi
Pegawai Penyelidik
Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik IKIM

23/09/2005


Satu hakikat yang harus diterima ialah poligami tidak akan terlaksana tanpa penyertaan sekurang-kurangnya dua orang wanita. Tanpa mengira status wanita itu sebagai isteri pertama, kedua, ketiga mahupun bongsu kepincangan pasti akan berlaku dalam rumah tangga sekiranya satu pihak, kedua-dua belah pihak ataupun kesemua pihak bertindak tanpa mengikut lunas-lunas syarak.

Lazim juga kita mendengar rintihan isteri pertama yang berendam air mata menangisi tingkah laku suami yang tidak menghargai sikap toleransi yang diberikan dan lebih malang lagi apabila keadaan ini diambil kesempatan oleh isteri yang baru. Kita juga tentunya pernah mendengar atau berdepan dengan senario campur tangan pihak-pihak lain terhadap keluarga yang berpoligami. Seorang ibu mendesak anak perempuannya untuk memujuk bakal suami agar menceraikan isteri yang sedia ada supaya si anak tidak berkongsi kasih, tanpa memikirkan bahawa isteri yang sedia ada mempunyai hak untuk meneruskan kehidupannya sebagai isteri kepada lelaki yang terlibat.

Ada kes di mana suami yang mempunyai lebih seorang isteri telah melakukan tindakan nekad untuk membunuh diri kerana tidak dapat membendung perasaan kecewa terhadap isteri-isterinya yang sentiasa berkelahi.

Berdasarkan artikel, Poligami dan Undang-undang: Isu dan Realiti dalam Buku Keperluan Manual Undang-undang Keluarga Islam (akan diterbitkan oleh IKIM) oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Kamaruddin bersama Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah, ternyata persepsi poligami di kalangan masyarakat Islam di Malaysia agak ketara perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, kita sendirilah yang menjadikan perkara yang diharuskan oleh hukum syarak ini sebagai kesakitan dan penderitaan.

Antara faktor yang membawa kepada kepincangan dalam keluarga berbentuk sebegini ialah ceteknya pengetahuan dalam perkara hukum-hakam, keengganan untuk mengikut prosedur yang telah ditentukan dan emosi yang tidak dapat dikawal.

Poligami hanya akan menyebabkan keadaan rumah tangga yang lebih derita sekiranya sebelum itu ia tidak dibina dengan damai dan bahagia. Untuk sesetengah keadaan, poligami bagaikan suatu eskapisme daripada masalah sedia ada, tetapi lazimnya kesannya lebih merosakkan.

Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta diperoleh suami isteri secara bersama dalam tempoh perkahwinan. Kebanyakan kes harta sepencarian yang diputuskan membuktikan bahawa seorang isteri tidak bekerja dan hanya menjalankan peranan sebagai suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai hak terhadap pendapatan yang diraih oleh pihak suami.

Apabila persoalan harta sepencarian diletakkan dalam poligami, ia menjadikan semua ahli keluarga terlibat menghormati hak masing-masing selain menghargai pengorbanan isteri kerana memberikan sebahagian peruntukan kasih sayang yang selama itu diterima kepada isteri baru. Harta sepencarian yang telah diagihkan nisbah dan peruntukannya, tidak semestinya akan dicairkan secara serta-merta oleh pihak isteri pertama yang menerima.

Kalau pemilikan harta itu berbentuk perkongsian terhadap rumah yang diduduki, maka lazimnya harta itu tetap akan dikekalkan sebagai tempat perteduhan isteri pertama bersama anak-anak. Cuma ia akan menjadi garisan dalam menentukan pembahagian harta selepas salah satu pihak meninggal dunia.

Di sinilah antara fungsi harta sepencarian yang ditentu dan diputuskan, dan tidak boleh dituntut oleh mereka yang tidak berhak. Contohnya, anak-anak kepada isteri kedua sememangnya akan mewarisi harta si ibu apabila dia meninggal dunia, di sini sekiranya harta tersebut telah diputuskan sebagai harta isteri pertama (daripada harta sepencarian), maka mereka terhalang untuk memiliki harta tersebut.

Apabila isu harta sepencarian disentuh, dalam senario masa kini yang menyaksikan suami dan isteri sama-sama mencari pendapatan, maka tentulah pihak suami turut merasakan mereka juga sedikit sebanyak mempunyai hak untuk merasa laba yang diraih oleh pihak isteri dengan alasan yang serupa; memberikan sokongan moral, menyediakan kos-kos lepas dan memberikan modal secara tidak langsung semasa isteri mencari pendapatan di luar rumah. Sesetengah suami juga memberi perhatian yang tidak kurang terhadap keperluan rumah tangga dan anak-anak bagi memberi laluan yang selesa kepada isteri mereka.

Maka topik-topik perbincangan seperti, adakah nafkah wajib diberikan kepada isteri yang bekerja dan memiliki pendapatan selesa, mula mengintai-intai ruang untuk dibincangkan di khalayak. Adakah kaum wanita dalam masyarakat kita hari ini telah bersedia untuk membincangkan tajuk seumpama ini?

Kebimbangan sesetengah pihak terhadap isu harta sepencarian sememangnya berasas demi keadilan semua pihak dan perlindungan hak masing-masing. (Utusan Malaysia, 15 September 2005).

Kalaulah terdapat pandangan yang mengatakan bahawa isteri yang bekerja tidak wajib diberi nafkah, maka tentunya akan timbul pula persoalan tentang berapakah nisbah sumbangan yang perlu diberikan oleh pihak suami lantaran kos hidup semakin tinggi.

Masalah keluarga lazimnya dikemukakan dan diajukan oleh pihak isteri. Dinyatakan hampir 80 peratus, pengadu adalah dari kalangan isteri. (Utusan Malaysia, 16 September 2005) Pejabat Agama Islam akan cuba membantu sekiranya konflik suami isteri dilihat masih dapat diselamatkan. Perceraian suatu perkara yang sangat memeritkan untuk dihadapi, tetapi ia bertambah derita sekiranya perceraian yang hendak dibuat terpaksa menempuh halangan-halangan yang tidak masuk akal, terutamanya apabila sebelah pihak yang bertikai berasa sakit hati dan sengaja merumitkan keadaan.

Sesetengah pihak, lazimnya kaum wanita sebenarnya tidak merasakan bahawa kejayaan mendapatkan perceraian bukanlah kemerdekaan yang hakiki. Terkial-kial memulakan fasa baru dalam kehidupan, terutama bagi mereka yang tidak bekerja apatah lagi apabila anak-anak yang terdapat dalam perkahwinan berada di bawah jagaan si ibu.

Apabila statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita, secara tidak langsung kebarangkalian peratus yang sama menunjukkan krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami. Begitu juga apabila dikatakan kebanyakan wanita yang mengalami krisis rumah tangga tidak mengetahui hak-hak mereka, secara tidak langsung juga ia menunjukkan kelemahan di pihak suami atau bekas suami. Berdasarkan senario ini, hipotesis yang boleh dinyatakan ialah, 1) suami atau bekas suami juga tidak tahu mengenai hak isteri atau bekas isteri, 2) suami atau bekas suami mengetahuinya tetapi sengaja ingkar, 3) suami memang tidak ambil peduli ataupun 4) lain-lain termasuk campur tangan pihak-pihak lain. Ceteknya ilmu yang dimiliki oleh wanita bukanlah masalah yang sangat besar sekiranya pihak suami atau bekas suami bersedia untuk memberikan kerjasama.

Sehubungan dengan kurangnya rasa prihatin di kalangan kaum bapa ini boleh dilihat dalam artikel, A Preliminary Study on Non-Custodial Fathers Contact With Their Children After Divorce in Malaysia (Jurnal Undang-undang IKIM, Vol. 9 No. 1, Jan - Jun 2005) iaitu kajian oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Kamaruddin bersama ahli kumpulan beliau yang menjelaskan situasi hubungan di antara anak dengan bapa selepas perceraian dan anak tidak dibela oleh bapa. Antaranya menyimpulkan anak-anak yang masih kecil lazimnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan si bapa sekalipun pihak bapa masih melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan keperluan pendidikan dan material kepada si anak. Hasil kajian seumpama ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh kita sebagai masyarakat yang prihatin dan penyayang. Selain inisiatif yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung, pihak-pihak yang berkaitan juga seharusnya memberi galakan kepada kaum bapa supaya bersikap lebih prihatin, memahami keperluan sebenar jasmani, emosi dan mental anak-anak dan kerjasama sangat perlu diberikan oleh hadin, iaitu pihak yang membesarkan anak-anak itu.

Barangkali kita kurang sedar tumpuan kita kurang menyeluruh. Dalam kita begitu memberi perhatian untuk membela dan mempertahankan hak sebelah pihak, kita seakan-akan hanya menghukum dan mendera kealpaan, kecuaian dan keegoan golongan tertentu.

Undang-undang Keluarga Islam, Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan Undang-undang Bagi Orang Asli dan Anak Negeri (Sabah dan Sarawak) hanya sebahagian daripada mekanisme yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah kekeluargaan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang seimbang dan sejahtera. Pelan bertindak dalam pemeliharaan generasi (hifz al-nasal) untuk membina generasi yang mutahaddhir (bertamadun) perlu dibuat secara bersepadu. Selain perundangan dan Mahkamah Syariah atau Mahkamah Keluarga, pembinaan keluarga yang sejahtera juga perlu disokong dengan program-program lain secara berterusan.
Read On 0 comments

Anggun - Bau ( OST Merah Putih )

Saturday, May 30, 2009
Anggun - Bau ( OST Merah Putih )

meski hati tak rela
bila dunia tak lagi untukku
sampai waktunya aku sendiri
hidup yang ku tak pasti
langkahku terhenti
tak mampu berlari
saat tangan yang digenggam
engkau lepaskan
aku
bernafas tanpa udara
tangisku tiada air mata
kerana semuanya berlalu menghilang
dan tak akan kembali
ku cuba menutup mataku
bila ku lelah untuk hidup
namun semuanya berubah di saat engkau hadir..
kau yang anggun
kau yang telah membuat aku kembali
ke jasadku
yang telah mati dan
kau sinarku
cahaya yang terang
untuk perjalanan yang lurus di
dunia sementara
mengejar masa itu pasti
buat aku
dan bersyukurku akannya..
Read On 0 comments

Aku dan Mimpi - Amylea ( OST Merah Putih )

Saturday, May 30, 2009
Aaaaaaaaaaaaaaaa……….
Tidak ku menduga
Ini saat yang ku tunggu…kamu
Yang selama ini kau hadir
Dalam mimpiku hilangkan sunyi
Diri aku tak lagi jauh
Mengapa deras debar jantungku
Mungkinkah aku mencintaimu
Sepenuh hatiku
Ku harapkanmu menyanyangiku
Seperti aku teman hidupmu………uuuuuuuuu
Semakin hampir waktu
Untuk daku bertemumu
Semakin aku rindu
Yang aku simpan selalu
Semakin dekat aku
Sedarku dari lamunan
Hanya aku dan mimpi
Cinta tak pernah ada……..
Berdiri kaku dan lebih jauh
Terhenti nafas dan degup jantungku
Salahkah aku mencintaimu
Sepenuh hatiku
Katakan sesuatu
Jangan biarkan ku keliru
Terus berlalu….uuuuuuuuuuuuuu
Tak daku menduga mengapa ini terjadi……. haaaaaaaa
Read On 2 comments

Kasih Tak Sampai - Padi

Thursday, May 14, 2009
Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Menjadi saksi kita berdua
Read On 0 comments

Lirik Cuba - Faizal Tahir ( ost Matahari )

Thursday, May 14, 2009
Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu
Read On 0 comments

Beza intelek, ilmuwan

Thursday, May 14, 2009
BERBEZA dengan kaum intelegensia (terpelajar) sebagai 'orang yang berpendidikan', kaum intelektual (cendekiawan) ialah mereka yang berilmu dan memiliki rasa tanggungjawab untuk mencari dan mewujudkan kebenaran agar terbentuknya kehidupan masyarakat yang lebih baik.

Perkataan intelektual berasal daripada bahasa Inggeris iaitu intellectual bererti memiliki atau menunjukkan kekuatan-kekuatan mental dan pemahaman yang baik.

Sedangkan intellect juga diertikan sebagai kekuatan pemikiran yang dengannya kita mengetahui penalaran (dapat memahami buruk baik) dan berfikir di samping menjadi sebagai seseorang yang memiliki potensi.

Secara umumnya pengertian intelektual dapat disimpulkan sebagai 'pemikir-pemikir' yang memiliki kemampuan menganalisis terhadap masalah-masalah tertentu.

Dengan pengertian umum tersebut, apakah semua orang mampu menjadi intelektual? Dalam pemahaman bahasa yang mudah, intelektual sering dikaitkan dengan sarjana dan ilmuwan.

Sarjana dapat diertikan sebagai orang yang lulus dari institusi pengajian tinggi dan jumlahnya terlalu banyak kerana setiap tahun universiti melahirkan graduan sarjana.

Ilmuwan pula ialah orang yang mendalami ilmunya kemudian mengembangkan ilmunya, baik dengan pengamatan mahupun dengan analisisnya sendiri.

Di antara sekian banyak sarjana, beberapa orang sajalah yang kemudian berkembang menjadi ilmuwan. Sebahagian besar terbenam dalam kegiatan rutin dan menjadi tukang-tukang profesional.

Pengertian intelektual

Kaum intelektual bukanlah sarjana yang menunjukkan kelompok atau golongan yang melalui pendidikan tinggi dan memperoleh pelbagai gelaran akademik.

Kaum intelektual juga bukan sekadar ilmuwan yang mendalami dan mengembangkan ilmu dengan penalaran dan penelitian.

Mereka ialah kelompok yang berasa terpanggil untuk membaiki, membimbing dan memahami aspirasi masyarakat dan merumuskannya dalam bahasa yang dapat difahami oleh setiap orang.

Dari situ mereka menawarkan strategi dan alternatif pemecahan masalah.

Walaubagaimanapun, pengertian intelektual ini pelbagai dan tiada kesatuan pendapat mengenainya.

Menurut James Maccregor Burns dalam bukunya Leaderships, intelektual ialah a devotee of ideas, knowledge and values atau seorang yang terlibat secara kritis dengan nilai, tujuan dan cita-cita yang diperjuangkan.

Sementara George A. Theodorson dan Archilles G. Theodorson dalam buku A Modern Dictionary of Sociology mendefinisikan intelektual sebagai anggota masyarakat yang mengabdikan diri kepada pengembangan gagasan asli dan terlibat dalam usaha-usaha intelektual kreatif.

Kaum intelektual merupakan sebuah segmen yang kreatif daripada lapisan intelegensia. Mereka memberikan kepemimpinan intelektual kepada lapisan intelegensia lainnya.

Seorang sosiologis tersohor, Edward Shills yang terkenal dengan kajian-kajiannya tentang dunia intelektual menyatakan bahawa intelektual ialah orang terpilih dalam masyarakat yang sering menggunakan simbol-simbol bersifat umum dan rujukan abstrak tentang manusia, masyarakat, alam dan kosmos.

Lebih lanjut lagi Shills dalam tulisannya The Intellectuals and the powers: Some Perspectives for comparative analysis, menyatakan bahawa kaum intelektual ialah orang yang mencari kebenaran.

Mereka mencari prinsip-prinsip yang terkandung dalam kejadian atau dalam proses penyaluran hubungan antara peribadi (the self) dan hakikat (the essential), baik hubungan yang bercorak pengenal (cognitive), penilaian (appreciative) atau pengutaraan (expressive).

Menurut Shills, tugas intelektual ialah mentafsirkan pengalaman masalah masyarakat, mendidik pemuda dalam tradisi dan keterampilan masyarakatnya; membimbing pengalaman estetik dan keagamaan dalam berbagai lapisan masyarakat.

Bagi Lewis Coser pula dalam tulisannya Men of Ideas, intelektual ialah orang yang kelihatan tidak pernah puas menerima kenyataan seadanya.

Mereka bertanya kebenaran yang berlaku pada suatu saat dalam hubungannya dengan kebenaran yang lebih tinggi dan luas.

Daripada beberapa pengertian di atas, terlihat bahawa intelektual berbeza dengan intelegensia. Pada umumnya intelegensia dirumuskan sebagai orang terpelajar, khususnya graduan universiti.

Intelektual boleh jadi bukan lulusan universiti dan mungkin saja berkelulusan sekolah rendah tetapi mampu mengembangkan pemikirannya.

Mereka mampu berfikir bebas, mencakupi pengamatan yang cermat terhadap gejala-gejala di suatu lingkungan, pemahaman tentang sebab gejala itu dan korelasinya dengan gejala lain. Pada akhirnya ia merumuskan suatu kesimpulan yang dapat dikomunikasikan kepada masyarakat dalam bahasa yang jelas.

sumber : Kosmo
Read On 0 comments

Ferrari sah tarik diri

Thursday, May 14, 2009
Mesyuarat Lembaga Pengarah Ferrari yang diketuai sendiri oleh presidennya, Luca di Montezemolo (gambar) mengesahkan bahawa pasukan dari Itali itu tidak akan menyertai perlumbaan F1 bermula tahun 2010.

Begitupun, keputusan mengejut itu sedia dipertimbangkan semula jika Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memansuhkan cadangan memperkenalkan had peruntukan bajet bermula tahun 2010.

Sebelum ini, di Montezemolo telah mengancam untuk menarik diri daripada perlumbaan F1 ekoran rasa tidak puas hati dengan cadangan FIA yang memperuntukan bajet maksimum sebanyak £40 juta (RM211 juta) bagi setiap pasukan.
Read On 0 comments

Apakah ini wabak pemusnah umat manusia?

Tuesday, April 28, 2009
ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.

"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.

Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.

Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.

Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP
Read On 0 comments

Larangan bercium di Filipina

Tuesday, April 28, 2009
MANILA 27 April - Pihak berkuasa kesihatan Filipina hari ini meminta rakyat negara ini agar tidak lagi berpelukan dan berciuman di khalayak ramai berikutan kebimbangan mengenai wabak selesema babi yang melanda dunia.

Sekurang-kurangnya 20 orang disahkan mati akibat selesema babi di Mexico dan kemungkinan lebih ramai menjadi mangsa, seterusnya menyebabkan pihak berkuasa seluruh dunia meningkatkan kawalan kesihatan dan keselamatan.

Pengarah Pusat Epidemiologi Kebangsaan di Jabatan Kesihatan Filipina, Eric Tayag berkata, pemantauan di balai ketibaan lapangan terbang sedang dipertingkatkan dan orang ramai diminta mengehadkan sentuhan fizikal di tempat awam.

"Elakkan dari sentuhan, ciuman dan pelukan," kata Tayag lagi.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque menjelaskan, setakat ini masih belum ada kes jangkitan virus selesema babi dikesan di negara ini. - AFP
Read On 0 comments

Fikirlah - Aizat

Tuesday, April 28, 2009


Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Chorus
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu


Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Chorus

Bridge
Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Chorus
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....
Read On 0 comments

Bersin dan tasymit

Thursday, April 23, 2009
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dua orang lelaki bersin berhampiran nabi s.a.w. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka orang yang tidak ditasymitkan oleh baginda bertanya:"Si fulan bersin anda tasymitkan, tetapi saya bersin tidak anda tasymitkan. Mengapa begitu ya Rasulullah?" Jawab baginda:"Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah, sedangkan kamu tidak."(Muslim)

Sebagai rasa bersyukur mendengar orang yang bersin memuji Allah ketika ia bersin, maka hendaklah kita mendoakannya agar dirahmati Allah. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan `al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.

Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan `Afakallah " ( Semoga Allah menyembuhkan anda ) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah".
Read On 0 comments
Blog Widget by LinkWithin

Penapian

Blog ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Ada artikel tidak dapat saya kesan penulis asalnya, sekiranya anda memerlukan kredit, sila hubungi saya melalui email.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan